UNTUK TATAPAN SEMUA PELAWAT YANG MEMBACA BLOG INI. HARAP BACA SAMPAI HABIS.
Band Chandni semasa ditubuhkan bernama ORKES SINARAN BARU, ditubuhkan dipekan Sik Kedah pada akhir tahun 1973. Semasa bernama ORKES SINARAN BARU pernah memasuki pertandingan MUZIK3x di RTM. Setelah empat tahun kemudian, rombakan telah dibuat dimana telah berpindah dari Sik ke pekan Batu lima Sik. Semasa di batu lima Sik inilah ditukarkan kenama ORKES CHANDNI, dan sebagai mengikut peredaran masa di perkukuhkan lagi dengan nama BAND CHANDNI hinggalah kesaat ini. Pengasas utama Band ialah En. Hj Hamid Bin Hj Mohammad. Buat masa sekarang En Hj Hamid terpaksa berehat dahulu buat sementara disebabkan faktor kesihatan yang tidak mengizinkan. Walaupun sudah berpuluh tahun berkecimpung dalam industri muzik ini BAND CHANDNI masih lagi aktif disebarang pertunjukkan dan persembahan sekiranya diundang. Sudah menjadi lumrah bagi mana2 kumpulan muzik terpaksa melalui beberapa kali pertukaran ahli atau pemain. Tetapi sehingga sekarang walau pun sudah banyak kali berlaku pertukaran pemain pemain keyboard iaitu A. Razak Rahman dan pemain gitar Jamaludin Yusoff dan pemain Bass En. Halim masih kekal hingga kini. Kini En. Johari ( Atan ) dikekalkan sebagai pemain drum. En Atan pernah bersama Kombo Rela Malaysia di Melaka disatu ketika dulu. Kini BAND CHANDNI diuruskan lleh En. Nasir Mustafa. Sebarang urusan atau untuk sebarang perundingan mengenai Band hubungilah En. Nasir di no 0135318485. Dibawah ini nanti akan diletakkan gambar2 semasa ditahun2 era 80an dan 90an dahulu. Serta dicatitkan senarai pemain2 sejak dahulu semenjak ditubuhkan hingga kini. Juga disenarai ahli2 dan vokali2 yang telah kembali kerahmatullah.
No comments:
Post a Comment